Monday, August 3, 2009

KLD TUNAS SAMUDERA




Salam, ni nak berkongsi serba sedikit tentang Program Belia "KLD Tunas Samudera"

Kapal Layar DiRaja (KLD) Tunas Samudera adalah satu program anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Tentera Laut DiRaja Malaysia. Program ini adalah di bawah kelolaan Cawangan Pembangunan Sosial. Kapal layar ini berfungsi sebagai kapal layar latihan.



Peranan dan Objektif ialah untuk memberi peluang kepada belia mengenali kehidupan Maritim. Peserta akan diajar cara pelayaran, ketahanan mental dan fizikal, membina jati diri dan disiplin dan membina semangat setiakawan dan kerjasama.

Program ini telah dirancang untuk memberi peluang pengembaraan yang menarik semasa berada di atas kapal.

Kenangan terindah yang tidak mungkin dapat ku lupakan bersama rakan-rakan seperjuangan Vogage 201/2004 dimana selama 2 minggu menghadapi detik suka dan duka bersama. Perbagai aktiviti dan latihan yang dipelajari, "Standby to set the main sail, often" masih terngiang-ngiang di telinga. Hehehe..

Pertama kali menjejakkan kaki diatas kapal ini, terasa suram sejuk badanku ini. Kami ditenung oleh Pegawai-pegawai TLDM yang macam nak makan kami. Hahaha.. Hatiku berdetik, habislah lunyai nanti.. Walaupun begitu, aku berasa sungguh teruja melihat kapal layar milik tentera ini dimana tidak pernah sekalipun terlintas dihati untuk menaikinya inikan pula mengemudinya.

Selama 2 minggu macam-macam latihan, ujian, dan pelajaran yang diterima. Setiap pagi kene jogging atas kapal sambil bawak anak badak, pastu ada "Happy Hour" tapi masa ni bukan untuk bergembira, masa ni kene kerja da.. bersihkan seluruh kapal.. kene gosok Twin Bullet sampai kilat.. Gosok.. jangan x gosok.. gosok.. hahahah...

Macam-macam yang kami buat atas tu, belajar cara menaikkan dan menurunkan layar, macam mana nak navigate kapal, bosun call, ikatan, menembak, dan macam-macam lagi. Dan yang paling kemuncak masa jadi lanun.. Kitorang tawan kapal tu, dan mengemudikannya.. Hahahah.. Time tu aku kene jadi XO lanun kalau x silap..

Ape-ape pun.. aku enjoy.. kalau diberi peluang tuk g program ni, aku orang pertama yang akan melaporkan diri.. hahaha...

Sunday, August 2, 2009

Open Water Diver Course!!

The PADI Open Water Diver course is the first certification for recreational scuba diving. The course consists of three modules:

(a) Knowledge Development (scuba theory)
- takes between 4 - 6 hours to complete

(b) Confined Water (pool training)
- takes between 4 - 6 hours to complete

(c) Open Water Dives - 4 dives in the sea required for certificationWe normally conduct the Knowledge Development and Confined Water sessions over 2 days in Kuala Lumpur before taking the students to the island to complete their Open Water dives (2 days required).

Currently, PADI also offer the option of completing the entire Knowledge Development session online i.e. without having to attend any classes at our dive centre.

And see the diagram below:







New Hobby!!!

Pada 29/7/2009 yang lalu, aku telah mendaftarkan diri untuk mengambil Course Open Water Diver & Advance Open Water Diver kat Ocean Elements Dive Center yang beroperasi di Damansara.

Lama dah nak amik course ni tapi x berkesempatan. Ni pun amik pasal diracun oleh Fazli. Hehehe..

Camne ye nak dapatkan lesen scuba ni???

Emm.. kita kene ar daftar dulu kat mana-mana dive Center. Aku daftar kat Padi Dive Center. Seperti yang diberitahu pada aku, apabila kita mendaftar, kita akan diberikan manual dan alatan pembelajaran untuk kita belajar. So sebagai permulaan kene ar baca manual Open Water Diver ni, ada 5 chapter. Setiap chapter kene buat kuiz dia ngan chapter review. DVD pun diberikan untuk kita tengok dan memahami secara visual.


Emm.. Lepas dah settle baca manual ni, kita bleh ar arrange ngan instructor untuk adakan class teori, so dalam kelas ni kita akan didedahkan ngan lebih lanjut lagi ape yang dipelajari dalam manual. So ape-ape yang tak tau atau kurang faham tu bleh ar tanya instructor time class ni. Memandangkan aku keje disiang hari, so class ni maybe buat malam.

Lepas class teori, ada exam pulak.. So ape yang dah dibelajar tu kene test ar pulak.

Pas dah lulus, bleh arrange tuk pool session. So dalam sesi ni, instructor akan ajar teknik2 yang wajib diketahui oleh semua yang nak amik lesen ni. Aku pon x tau ape teknik2 tu sebab blom blajar g.

Untuk melengkapkan course ini, pas dah mahir semua teknik2 tu, kita kene g buat 4 lagi open water dive. So benda ni kita kene pegi buat trip ar. Aku ngan member2 maybe abiskan course ni kat Pulau Tioman kot. Tarikh yang dirancangkan minggu pertama atau minggu kedua bulan Oktober. Huh, x sabar rasanya menunggu saat itu.

Emm.. anda bila lagi?? hehehe...

Berapa Kos Dia ek??

Untuk kos kursus Open water diver ni ialah RM890 dan untuk trip 3 hari 2 malam kat tioman kos dia dalam rm550-650.

Kepada sesiapa yang berminat nak join trip aku ni, bleh ar roger2 k..