Monday, August 3, 2009

KLD TUNAS SAMUDERA




Salam, ni nak berkongsi serba sedikit tentang Program Belia "KLD Tunas Samudera"

Kapal Layar DiRaja (KLD) Tunas Samudera adalah satu program anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Tentera Laut DiRaja Malaysia. Program ini adalah di bawah kelolaan Cawangan Pembangunan Sosial. Kapal layar ini berfungsi sebagai kapal layar latihan.



Peranan dan Objektif ialah untuk memberi peluang kepada belia mengenali kehidupan Maritim. Peserta akan diajar cara pelayaran, ketahanan mental dan fizikal, membina jati diri dan disiplin dan membina semangat setiakawan dan kerjasama.

Program ini telah dirancang untuk memberi peluang pengembaraan yang menarik semasa berada di atas kapal.

Kenangan terindah yang tidak mungkin dapat ku lupakan bersama rakan-rakan seperjuangan Vogage 201/2004 dimana selama 2 minggu menghadapi detik suka dan duka bersama. Perbagai aktiviti dan latihan yang dipelajari, "Standby to set the main sail, often" masih terngiang-ngiang di telinga. Hehehe..

Pertama kali menjejakkan kaki diatas kapal ini, terasa suram sejuk badanku ini. Kami ditenung oleh Pegawai-pegawai TLDM yang macam nak makan kami. Hahaha.. Hatiku berdetik, habislah lunyai nanti.. Walaupun begitu, aku berasa sungguh teruja melihat kapal layar milik tentera ini dimana tidak pernah sekalipun terlintas dihati untuk menaikinya inikan pula mengemudinya.

Selama 2 minggu macam-macam latihan, ujian, dan pelajaran yang diterima. Setiap pagi kene jogging atas kapal sambil bawak anak badak, pastu ada "Happy Hour" tapi masa ni bukan untuk bergembira, masa ni kene kerja da.. bersihkan seluruh kapal.. kene gosok Twin Bullet sampai kilat.. Gosok.. jangan x gosok.. gosok.. hahahah...

Macam-macam yang kami buat atas tu, belajar cara menaikkan dan menurunkan layar, macam mana nak navigate kapal, bosun call, ikatan, menembak, dan macam-macam lagi. Dan yang paling kemuncak masa jadi lanun.. Kitorang tawan kapal tu, dan mengemudikannya.. Hahahah.. Time tu aku kene jadi XO lanun kalau x silap..

Ape-ape pun.. aku enjoy.. kalau diberi peluang tuk g program ni, aku orang pertama yang akan melaporkan diri.. hahaha...

No comments:

Post a Comment